Rabu, 16 Januari 2013

Teknik menghafal.

Saya faham perasaan pelajar yang paling benci aktiviti menghafal ni. Ish, memang seksa. Namun, setiap perbuatan mahupun aktiviti memerlukan teknik yang betul. Bagaimana teknik menghafal yang sebenarnya?

1. Akronim.
Contoh, Zaman-zaman Prasejarah: Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, Logam.
Jika diambil perkataan depannya sahaja, PMNL begini rupanya kan? Untuk mengukuhkan lagi ingatan, saya cipta akronim buatan sendiri: Pergi Makan Nasi Lemak. Faham sekarang? Mencipta akronim bergantung terhadap kreativiti masing-masing. Banyak membantu pembelajaran kita.

2. Lukis.
Biasanya, peta payah nak hafal. Organ dalaman kita, fungsinya.. susah nak ingat, kan? The one and only way is to draw! Tak kisah lah buruk lukisannya, tak artistik ke. Mesti lukis! Banyak bezanya daripada membaca sahaja. Lukis apa yang hendak dihafal. Contohnya, nak hafal peta Malaysia.. LUKIS. Selesai melukis, tambah info-info yang penting. Kemudian, labelkan lukisan tersebut.

Selain itu, menghafal juga memerlukan usaha yang konsisten ya. Memang susah. Saya tahu. Saya sendiri alami masalah menghafal peta. Otak rasa macam nak beku. Blank.

Saya harap melalui teknik ini, serba sedikit mampu membantu awak semua menghadapi masalah untuk menghafal. Jangan cepat putus harapan ya. Usaha selagi boleh.

Sampai sini sahaja post untuk hari ini.
Assalamualaikum :)

Ahad, 13 Januari 2013

Bosannya kelas!

Kehidupan seorang murid ni mesti ada perkataan 'bosan'. Lagi-lagi masa guru mengajar. Dengan muka innocent dia tu, pandang cikgu dengan pandangan kosong. Tahu sangat.

Nak tahu kenapa bosan?
Pertama, awak tak dengar pun apa yang cikgu mengajar. Cuba ambil perhatian sikit. Dengar, peka apa yang cikgu mengajar. Mungkin sesetengah daripada awak semua anggap tak penting dengar cikgu mengajar. Nak tahu something tak? Mendengar lagi efektif daripada membaca sahaja. Banyak faedahnya mendengar.

Kedua, bila tak faham.. senyap macam batu. Jangan senyap je, tanya! Tak perlu segan silu dengan cikgu awak tu, bukan makan orang pun. Tanya, tanya, dan tanya. Lagi banyak bertanya, lagi banyak ilmu yang kita terima.

Ketiga, jangan anggap diri tu span yang cuba menyerap ilmu yang diajar guru. Kita di dalam kelas itu bukan untuk diajar sahaja, tapi untuk belajar. Banyak bezanya. Bila ada kuiz atau aktiviti kumpulan, cuba libatkan diri sebanyak mungkin. Melalui aktiviti-aktiviti inilah yang banyak membantu proses pembelajaran awak. Faham?

Memang susah nak biasakan diri dengan sesuatu yang baru. Saya pun tengah belajar benda baru. Kawan baru. Guru baru. Kelas baru. Jawatan baru. Tapi melalui pengalaman semua itulah yang akan membina diri kita. Lama-lama biasa lah. Jangan takut cuba benda baru. Aktif sikit diri tu masa dalam kelas. Try out new things! Tau?

Sebelum itu, saya sangat berterima kasih kepada yang setia menunggu post selanjutnya walaupun terdapat sedikit kelewatan untuk buat post baru. Terima kasih ya!

Sampai sini sahaja post untuk hari ini.
Assalamualaikum :)

Rabu, 9 Januari 2013

Rutin harian saya.

Mulai daripada minggu lepas, rutin harian saya banyak berubah. Dulu boleh lah nak menghadap komputer pagi ke malam. Sekarang? Dengan  kerja sekolah yang menimbun, nota-nota cikgu suruh buat SENDIRI. Perah otak je dari tadi.

Sebenarnya saya baru habis buat kerja sekolah ni. Itu pun sekerat. Penat sangat. Tadi balik lambat sebab ada kokurikulum. Cuaca hari ini panas semacam. Lagi lah tak dapat nak fokus masa buat kerja sekolah tu. Paling padahnya, In Sha Allah besok ada kuiz Sejarah. Yeah.

Takpe, saya sedia! Harap semua berjalan lancar. Ini bukanlah rutin harian saya yang sebenar-benarnya. Tapi lebih kurang sebegini rupa lah.

As a student.. terpaksalah biasakan diri dengan rutin harian awak semua. Mana tahu ada yang serupa rutin harian dia dengan saya punya. Saya faham apa yang awak lalui. Mahu botak, stress memanjang.

Walaupun busy macam mana pun, jangan lupa rehat sebentar. Minum air ke. Makan sikit. Bagi power balik energy tu. Especially those who study late at night. Tidur sekarang! Mengada betul. Malam-malam buta nak study.

Take a break, okay?
(Saya baru habis buat essay, tu yang tetiba speaking)

Sampai sini sahaja post untuk hari ini.
Saya suka bercerita, harap sudi membaca untuk post yang seterusnya.
Assalamualaikum :)

Isnin, 7 Januari 2013

Kawan sehidup semati.

Kawan memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Biasanya, kita mesti berkepit dengan kawan masing-masing kan? Lagi-lagi yang dah bertahun berkawan. Payah nak pisah.

Jadi, sebagai pelajar yang inginkan kejayaan dalam pelajaran.. Pilihlah kawan yang bersesuaian. Kawan ni mesti memilih. Kita kena pandai menilai kawan. Jahat, baik, pemalas, rajin, kita mesti tahu kan? Teliti kawan awak tu!

Contohnya, kalau dia asyik malas, homework tak siap, asyik kacau dalam kelas. Kawan yang sebegitu mesti dijuahi. Duduk jauh-jauh sikit. Takpe, kalau dia bestfriend awak pun, sementara waktu je. Kalau dia nak berjaya sama-sama, itu boleh.

Hidup ni kena pandai berfikir. Akal ada. Gunakannya.
Bergaul dengan kawan ni, biar berpada-pada. Jangan ikut sangat cakap dia.

Lagi satu faktor yang saya nak beri. Tahukah anda pelajar cemerlang biasanya, tak ada bestfriend tau. Mereka berkawan dengan sesiapa sahaja. Tetapi mereka mempunyai pendirian diri sendiri. Oleh itu, bukan mudah nak pilih kawan. Mereka suka dibiarkan keseorangan. Terutamanya, masa belajar. Ingat tu.

Sampai sini sahaja post untuk hari ini.
Assalamualaikum :)

Ahad, 6 Januari 2013

Saya haus, nak air!

Haus? Kalau dah haus, mestilah nak minum air kan? Tapi bila tak haus? Air pun tak nak pandang. Ye, saya pun macam gitu juga. Tapi sama-samalah kita ubah sikap tu ya? Rugi tau.

Hanya dengan minum air, pelbagai manfaat yang akan kita dapat.
Antaranya,..
1. Dapat mengelakkan diri daripada kepenatan. Cara nak hilangkan penat dengan cepat, minum air. Apabila kita penat, tandannya badan kita hilang banyak air. Air ni umpamakan 'mengecas' semula badan kita.
2. Perubatan tradisional untuk mengurangkan sakit kepala. Biasanya apabila kita sakit kepala atau sakit belakang, punca utama adalah disebabkan oleh kekurangan air di dalam badan.
3. Kelihatan lebih bertenaga. Setiap kali sebelum dan selepas kita bersenam mesti minum air kan? Apa tujuannya? Air ni dapat mengimbangkan kadar suhu badan kita. Dengan itu, badan kita kan terasa lebih selasa dan bertenaga.

Ceh, macam doktor dah. Tapi betul tau! Banyak lagi kebaikannya. Kita sahaja yang tak sedar. Bila haus je lah. Minum macam tinggal kat padang pasir. Jadi, sama-samalah kita berubah ya. Saya pun dah mula bawa botol air ke mana-mana. Anda bila lagi? ;)

Sampai sini sahaja post untuk hari ini.
Jangan sudah terantuk baru tengadah ya.
Mula dari sekarang, jaga diri!
Assalamualaikum :)